Kahoot Quiz Dan Kdb (E-Learning)
28 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2024 yang lalu, pihak NADI Batang Maro telah mengadakan kelas E-learning iaitu Kahoot Quiz. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang murid Tingkatan 2. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan dalam pembelajaran jenis visual. Hal ini dikatakan demikian kerana, kahoot mempunyai banyak soalan untuk setiap subjek. Contohnya, subjek Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan banyak lagi.
Selain itu juga, kahoot dapat memberi manfaat kepada para peserta untuk melatih mereka menggunakan teknologi sebagai media untuk belajar. Seterusnya, platform tersebut sangat menyeronokkan kerana dapat menguji minda peserta. Pengisian dengan tayangan Klik Dengan Bijak. Oleh itu, dengan adanya platform kahoot peserta dapat belajar kendiri untuk mendapatkan pencapaian dan keupayaan masing-masing dengan prestasi yang baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: